Berikut ini adalah 15 amalan atau ciri-ciri yang sering dikait-kaitkan dengan mereka yang di cap sebagai Wahhabi.
.
Mari kita lihat ciri-ciri yang dimaksud dan ternyata para ulama bermazhab Syafie turut serta memiliki ciri-ciri tersebut.
.
Pertama: Orang bilang Wahhabi itu adalah mereka yang tidak melakukan qunut solat subuh secara terus-menerus. Maka Imam Taqiyuddin as-Subki asy-Syafie dan Syeikh Abu Hasan al-Karajji asy-Syafie juga ialah Wahhabi karena mereka meninggalkan qunut subuh atas alasan kelemahan hadisnya.
.
– Lihat al-Bidayah wa an-Nihayah, Ma’na Qaul al-Imam al-Muththalibi Idza Shahhal Hadits Fahuwa Madzahbi (Majmu’atur Rasa-ilil Muniriyyah)dan Thabaqat asy-Syafi’iyyah al-Kubra.
.
Kedua : Orang bilang Wahhabi itu adalah mereka yang tidak melaksanakan solat sunat qobliyyah dua rakaat (sebelum) solat Jum'at. Maka al-Hafizh al-'Iraqi asy-Syafie dan Imam Abu Syamah asy-Syafie serta al-Imam Abi al-Thayyib Muhammad Syams al-Haq al-‘Azhim al-Abadi juga ialah Wahhabi kerana mereka melemahkan pandangan yang mensabitkan solat sunat dua rakaat sebelum Jumaat.
.
– Lihat al-Ba’its al-Inkaral-Bida’ wa al-Hawadits,Tharh al-Tsarib dan‘Awn al-Ma’bud Syarah Sunan Abu Daud.
.
Ketiga : Orang bilang Wahhabi itu adalah mereka yang tidak setuju dengan azan dua kali Jum'at. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang cenderung kepada Sunnah Nabi, yaitu azan Jum'at hanya sekali di zamannya.
.
– Lihat kitab al-Umm.
.
Keempat : Orang bilang Wahhabi itu adalah mereka yang membenci kenduri arwah. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie dan para imam bermazhab Syafie selainnya seperti Syeikh Mustafa Khin asy-Syafie, Syeikh Mustafa al-Bugha asy-Syafie, Syeikh ‘Ali al-Syarbaji asy-Syafie, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari asy-Syafie, Syeikh Daud al-Fatani asy-Syafie, Syeikh Zainul Abidin Muhammad al-Fatani dan ramai lagi.
.
Ini karena mereka semua amat membenci amalan kenduri arwah. .
– Lihat kitab al-Umm, kitab I’anatu ath-Thalibin, Kashfu al-Litham, Sabil al-Muhtadin, Bughyatul Tullab dan kitab al-Fiqh al-Manhaj ‘Ala Madzhab al-Imam asy-Syafie.
.
Kelima : Orang bilang Wahhabi itu adalah mereka yang tidak bermazhab dan menentang taqlid buta dalam beragama. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie karena tidak bermazhab kepada mazhab-mazhab yang muncul sebelumnya, antaranya ialah Imam Malik (mazhab Maliki), iaitu gurunya sendiri. Juga Wahhabilah Imam asy-Syafie karena menetang keras amalan bertaqlid buta dalam beragama. .
– lihat kitab Manaqib asy-Syafie, Siyar A’lam al-Nubala’, Hilyatul Auliya’dan Tarikh Dimasyqi.
.
Keenam : Orang bilang Wahhabi itu adalah mereka yang menunaikan zakat dengan makanan pokok seperti gandung, tamar, beras dan seumpamanya. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie karena memfatwakan zakat fitrah hendaklah menggunakan makanan pokok bukan uang sebagaimana amalan umat Islam di Nusantara - termasuk mereka yang mengaku bermazhab Syafie. .
– Lihat Kitab al-Umm.
.
Ketujuh : Orang bilang Wahhabi itu adalah mereka yang tidak membaca lafaz ‘Sayyidina' ketika bersolawat atas Nabi ﷺ . Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang tidak pernah menulisnya di dalam kitab-kitabnya, baik di kitab al-Umm maupun kitab al-Risalah.
.
Demikian juga Wahhabilah al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani asy-Syafie yang turut menyinggung permasalahan ini di dalam kitabnya yang terkenal, Fath al-Bari (syarah kepada al-Bukhari).
.
Kedelapan: Orang bilang Wahhabi itu adalah mereka yang tidak mengkhususkan bacaan surah Yasin pada malam Jum'at tetapi menggalakkan surah al-Kahfi. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang memfatwakan disukainya membaca surah al-Kahfi di malam Jum'at alasannya mencocokkan Sunnah Nabi ﷺ . Tambahan pula tidak ditemui dalam kenyataannya atau dari para ulama selainnya tentang menggalakkan membaca surah Yasin pada setiap malam Jumaat.
.
– Lihat kitab al-Umm
Kesembilan : Orang bilang Wahhabi itu adalah mereka yang enggan berdoa dan berzikir dengan suara yang kuat dan dilakukan secara beramai-ramai selepas solat berjama'ah. Jika demikian Wahhabilah Imam asy-Syafie dan para ulama bermazhab Syafie seperti Imam al-Nawawi, Ibn Hajar al-Haitsami, Syeikh Zainuddin ‘Abd al-‘Aziz asy-Syafie, al-Imam al-Baihaqi asy-Syafie dan selainnya. Ini karena mereka tidak pernah mengajarkan demikian dalam kitab-kitab mereka. Sebaliknya hanya membolehkan berzikir berjamaah (baca: bukan doa) dalam konteks mengajarkan pada makmum saja, bukan selalu rutin, kalau makmumnya sudah pada paham semua ya sudah dzikirnya sendiri-sendiri masa kaya anak TK diajarin terus, mending bener lafaz zikirnya lah ini banyak ngawur dikarang-karang, kadang haditsnya shohih tapi dimaknai sendiri dan beramal dengam hadits yang lemah.
.
– Lihat kitab al-Umm, at-Tahqiq,Minhaj ath-Thalibin, Tuhfat al-Muhtaj bi Syarah al-Minhaj, Fath al-Bari, Fath al-Mu’indan Sunan al-Kubra al-Baihaqi.
.
Kesepuluh : Orang bilang Wahhabi itu adalah mereka yang tidak melafazkan niat sebelum solat. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang tidak pernah mengajarkan amalan demikian.
.
Demikian juga Wahhabilah al-Qadhi Abu al-Rabi’ Sulaiman bin ‘Umar asy-Syafie kerana menyatakan amalan melafazkan niat sebelum solat itu bukan berasal daripada Sunnah Nabi yang shahih. .
– Lihat kitab al-Qaul al-Mubin Fi Akhtha’ al-Mushallin.
.
Kesebelas : Orang bilang bahwa Wahhabi adalah mereka yang menafikan sampainya pahala bacaan al-Qur’an yang dihadiahkan kepada si mati. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie, Syeikh al-Haitsami asy-Syafie dan selainnya yang berpendapat tidak sampai pahala bacaan al-Qur’an yang dikirimkan kepada si mati. .
– Lihat Tafsir Ibn Katsir, al-Majmu’ Syarah Muhadzdzabdanal-Fatwa al-Kubra al-Fiqhiyyah.dakwah_tauhidKedua belas: Orang bilang bahwa Wahhabi adalah mereka yang melarang mengkapur/menyemen dan membangun bangunan di atas kubur. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie dan Imam al-Munawi yang menjelaskan kebencian Imam asy-Syafie kepada amalan membangun dan mengkapur kuburan sebagaimana yang mendarah daging dalam tradisi umat Islam di nusantara yang mengaku bermazhab Syafie. .
– Lihat kitab al-Umm, Syarah Shahih Muslim danFaidh al-Qadir.
.
Ketiga belas: Orang bilang bahwa Wahhabi adalah mereka yang menetapkan sifat al-Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy di atas langit, sifat turun (al-Nuzul) dan sebagainya tanpa takwil. Maka Wahhabilah Imam asy-Syafie yang menetapkan kedua-dua sifat itu dan selainnya tanpa sebarang pentakwilan ke atasnya. Demikian juga al-Imam adz-Dzahabi asy-Syafie yang turut menetapkan sifat-sifat Allah. .
– Lihat kitab Tafsir Ibn Katsir dan al-‘Uluw Li al-‘Aliyyil ‘Azhim.
.
Keempat belas : Orang bilang bahwa Wahhabi adalah mereka yang tidak belajar dan berakidah dengan sifat 20. Maka demikian Wahhabilah Imam asy-Syafie karena tidak pernah mempelajari, apalagi mengajarkan sifat 20 itu. Tidak ada satu pun bukti beliau berpegang kepada kaedah pengajian sifat 20 dalam kitab-kitabnya. .
- Lihat kitab al-Umm dan al-Risalah.
.
Kelima belas : Orang bilang Wahhabi adalah mereka yang tidak menyapu muka selepas berdoa. Jika demikian maka Wahhabilah Imam al-Nawawi asy-Syafie yang menafikan kesunnahan menyapu muka selepas doa. Demikian juga Imam al-'Izz 'Abd as-Salam asy-Syafie yang menyatakan adalah bodoh orang-orang yang menyapu muka selepas berdoa.
.
-Dinyatakan di dalam'Irwa' al-Ghalil dan Shahih al-Adzkar wa Dha'ifuhu.
.
Dan banyak lagi jika hendak diperincikan. Rupanya Wahhabi itu adalah mereka yang menyelisihi kebiasaan masyarakat kebanyakan dan yang berpegang teguh kepada al-Qur'an serta as-Sunnah shahihah!
.
Demikanlah. Semoga Allah ﷻ memberi hidayah diatas sunnah bagi yang telah membaca ini. Aamiin
Tidak ada komentar:
Posting Komentar